Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP)

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP)

Pusat ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi latihan vokasional dan pemulihan perubatan kepada OKU keutamaannya kategori fizikal. Terdapat beberapa kursus yang telah disediakan, antaranya ialah:

  1. Kursus vokasional seperti Kursus Pengurusan Pejabat (SKM Tahap 2).
  2. Kursus Pembuatan Pakaian Wanita (SKM Tahap 3).
  3. Kursus Pemasangan Elektrik (Satu Fasa).
  4. Kursus Prostetik dan Ortotik.
  5. Kursus Fabrikasi Logam (Pembuatan Kerusi Roda).

Kursus pra-vokasional turut disediakan seperti berikut:

  1. Kursus Seni Lukis.
  2. Kursus Teknologi Batik.

PLPP berperanan sebagai pusat kecemerlangan bagi OKU keutamaannya kategori fizikal yang berteraskan latihan kemahiran, pemulihan, industri alat sokongan dan sukan para, ke arah mendayaupayakan OKU ke tahap paling optimum dan produktif supaya berdaya saing dalam pasaran kerja.

Syarat-syarat permohonan kemasukan ke PLPP adalah seperti berikut:

  1. OKU fizikal yang berdaftar dengan JKM.
  2. Berumur antara 18 hingga 40 tahun.
  3. Berkelulusan SPM, PMR atau sekurang-kurangnya boleh membaca, menulis dan mengira.
  4. Berkeupayaan menguruskan diri.
  5. Bebas daripada pengaruh dadah.
Hubungi Kami

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya.

+603-8000 8000

pro_jkm@jkm.gov.my

Pautan Pantas

Direktori
e-Penyertaan
Aduan & Maklumbalas
Statistik Perkhidmatan Dalam Talian

Talian Kasih
Nombor Telefon: 15999 (Bebas tol dan beroperasi 24 jam)
420096885 277459331727648 6533635286062607832 n Whatsapp: 019-2615999
Waktu Operasi: 24 jam sehari, 7 hari seminggu

Laman Popular
Jumlah Pelawat Keseluruhan
4,172
Hari Ini
57
Semalam
178
Minggu Ini
710
Bulan Ini
3,411

Pilih bahasa anda

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List

EN
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html